Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia
ڤرتي إسلام سمليسيا
PAS
SingkatanPAS/ڤاس‎
PresidenAbdul Hadi Awang
Setiausaha agungTakiyuddin Hassan
JurucakapAhmad Fadhli Shaari
Mursyidul AmHashim Jasin
Timbalan PresidenTuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden
Ketua Dewan UlamakAhmad Yahaya
Ketua Dewan MuslimatNuridah Mohd Salleh
PengasasAhmad Fuad Hassan
Diasaskan24 November 1951 (1951-11-24) (dengan nama Persatuan Agama Islam Se-Malaya [PAS])
Didaftarkan31 Mei 1955 (sebagai parti politik "Parti Islam Se-Tanah Melayu")
PecahanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Ibu pejabatPejabat Agung PAS,
No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
AkhbarHarakah
Badan pemikirPusat Penyelidikan PAS
Sayap pelajarKelab Mahasiswa Penyokong PAS
Sayap beliaDewan Pemuda PAS
Sayap wanitaDewan Muslimat PAS
Sayap ulamakDewan Ulamak PAS
Sayap bukan MuslimDewan Himpunan Pendukung PAS
KeanggotaanWarganegara Malaysia
IdeologiIslamisme
Fundamentalisme Islam
Jihadisme[1][2]
Pan-Islamisme
Konservatisme Islam
Nasionalisme agama
AgamaIslam
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan (1972-1973)
Barisan Nasional (1973-1978)
Angkatan Perpaduan Ummah (1990-96)
Barisan Alternatif (1999-2004)
Pakatan Rakyat (2008-2015)
Gagasan Sejahtera[3] (2016-2020)
Muafakat Nasional (2019-2022)[4]
Perikatan Nasional (sejak 2020)
Warna     Hijau
SloganIslam Menyatukan Ummah
Membangun Bersama Islam
Lagu partiBerjihadlah
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
6 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
43 / 222
Dewan Undangan Negeri
150 / 607
Simbol pilihan raya

(negeri selain Kelantan dan Terengganu)

(Kelantan dan Terengganu)
Bendera parti
Laman sesawang
https://www.pas.org.my/
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي إسلام سمليسيا, juga singkatan: ڤاس‎/PAS)[nb 1] ialah sebuah parti politik dan gerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Haji Abdul Hadi Awang. PAS merupakan salah sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional bermula 2020. Parti ini mempunyai perwakilan terbanyak di Dewan Rakyat, dengan menguasai 43 kerusi,[5] walau bagaimanapun berada di blok pembangkang.[6] PAS juga merupakan parti pemerintah bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Kubu pilihan raya PAS sebahagian besarnya tertumpu di sekitar kawasan luar bandar dan konservatif koridor utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu dan Pahang. Mereka juga mendapat sokongan yang ketara di kawasan luar bandar Perak dan Melaka.

PAS membantu gabungannya menyapu bersih negeri-negeri pantai barat laut dan timur Semenanjung Malaysia, memenangi setiap kerusi parlimen di negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu, dan semua kecuali satu di Kedah; lantas dipanggil sebahagian pihak sebagai "Gelombang Hijau".[7]

  1. ^ "PAS defends Taliban, saying it has changed". The Star. 25 Ogos 2021. Dicapai pada 7 Oktober 2021.
  2. ^ "Malaysian Islamist's death sparks sympathy in country, including from former party PAS". The Straits Times. 15 September 2014. Dicapai pada 7 Oktober 2021.
  3. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pas-and-ikatan-announce-alliance-but-unclear-of-direction
  4. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/muafakat-nasional-berkubur/
  5. ^ HUSIN, NURHIDAYAH HAIROM & MUKHRIZ MAT (2023-10-20). "PRU15 pencapaian tertinggi Pas - Abdul Hadi". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-01-14.
  6. ^ BERNAMA (2022-11-26). "Pas akan berperanan sebagai pembangkang juga -Takiyuddin [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-14.
  7. ^ "Pengaruh gelombang hijau satu cabaran PH-BN di Pulau Pinang". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-14.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne